openAI

AI Obesesi Baharu Bagi Pelaburan Modal Teroka

Fenomena kejayaan luar biasa ChatGPT setahun yang lalu telah mendorong para pelabur Silicon Valley memberi tumpuan yang keterlaluan terhadap kecerdasan buatan, mencari idea-idea blokbuster terbaharu yang dibesar-besarkan dan berlebihan.

OpenAI mencetuskan kegilaan AI generatif dengan ChatGPT, yang mampu menulis cerita, mencipta gambar, menulis kod komputer dan banyak lagi daripada gesaan teks mudah.

Disengat oleh pergelutan dalam mata wang kripto dan trend lain di Silicon Valley yang semakin pudar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para pemodal teroka dilihat dengan cepat menggandakan pelaburan dalam AI, satu lubuk yang dikatakan menjanjikan kekayaan teknologi yang tidak berpanjangan.

Bagi pelabur-pelabur gergasi, “jika ia bukan AI, ia tidak berbaloi,” kata Denis Barrier, pengasas bersama firma modal teroka Cathay Innovation selepas pertemuan dengan beberapa pengendali dana pelaburan.

“Pembiayaan sedang mencari untuk membuat langkah besar dan agak tidak mungkin (berlaku) di luar AI dalam beberapa tahun akan datang,” kata Barrier.

Menurut penjejak pasaran Crunchbase, walaupun pemberhentian dan pengetatan belanjawan menjadi tajuk utama syarikat-syarikat teknologi tahun lalu, syarikat-syarikat pemula dalam sektor AI memperoleh hampir AS$50 bilion (RM283 bilion) daripada pelabur,

Dalam gelombang pertama AI, pelaburan sangat tertumpu pada syarikat yang membina model bahasa besar yang memungkinkan ciri AI generatif.

Menurut PitchBook, rekod tertinggi adalah sebanyak AS$29 bilion telah dilaburkan dalam AI generatif pada 2023.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *