apple-ev-e1709111314880

Apple Abaikan Cita-cita Untuk Hasilkan Kereta EV

Apple telah mengabaikan cita-citanya untuk menghasilkan kereta elektrik, lapor media AS semalam, menamatkan projek yang telah selama sedekad.

Pembuat iPhone itu telah mendedikasikan hampir 2,000 pekerja untuk program pembangunan kereta rahsianya, lapor Bloomberg, namun berhadapan sektor kenderaan elektrik (EV) yang semakin kompetitif.

Sasaran “Projek Titan,” yang bermula sekitar 2014 itu adalah untuk membangunkan kereta autonomi sepenuhnya.

Keputusan untuk menutup projek kereta itu diumumkan secara dalaman semalam dilaporkan oleh Bloomberg dan The New York Times, memetik sumber yang tidak dinamakan.

Apple tidak pernah mendedahkan rancangan pembangunan EV secara terbuka, walaupun terdapat kebocoran media yang berterusan selama bertahun-tahun.

Pada 2022, laman web pakar The Information menerbitkan laporan yang memperincikan masalah yang dihadapi oleh projek itu, termasuk pemergian beberapa eksekutif kerana kekurangan sokongan daripada pihak atasan.

Beberapa pembuat kereta AS juga telah menekan brek dalam EV beberapa bulan kebelakangan ini susulan permintaan yang semakin perlahan.

Pembuat kereta pandu sendiri Cruise dan Waymo, yang dimiliki oleh induk Google Alphabet turut bergelut untuk mengembangkan produk mereka melangkaui San Francisco.

Tesla Elon Musk, salah seorang peneraju industri EV tlah memberi amaran tentang pertumbuhan yang lebih perlahan pada 2024.

Apple akan memindahkan pekerja daripada bahagian kereta tertutup kepada projek kecerdasan buatan (AI) generatif, lapor Bloomberg.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *