spirit airline

Kos Meningkat, Rancangan Gabungan Gagal, Spirit Airlines Umum Kebankrapan

Spirit Airlines, syarikat penerbangan kos rendah terkenal di Amerika Syarikat, telah memfailkan perlindungan kebankrapan di bawah Bab 11.

Langkah ini disebabkan oleh tekanan kewangan akibat kenaikan kos bahan api, inflasi, dan beban hutang yang tinggi.

Model tambang rendah Spirit, yang selama ini menarik ramai pelanggan, mula goyah apabila kos operasi meningkat, sementara tambang tidak dapat disesuaikan.

Syarikat turut mengalami kemerosotan pendapatan dengan jualan menyusut USD 61 juta pada suku ketiga tahun ini.

Salah satu faktor utama kejatuhan ialah kegagalan rancangan penggabungan dengan JetBlue Airways awal tahun ini, yang dijangka memperkukuh kedudukan Spirit.

Kegagalan tersebut, akibat cabaran regulasi, meninggalkan syarikat tanpa sokongan strategik yang diperlukan untuk bersaing.

Walaupun memfailkan kebankrapan, CEO Spirit Airlines, Ted Christie, meyakinkan pelanggan bahawa operasi tetap diteruskan.

“Perkara paling penting untuk diketahui ialah anda masih boleh membuat tempahan, terbang, dan menggunakan mata ganjaran seperti biasa,” katanya dalam surat kepada pelanggan.

Kes kebangkrapan Spirit Airlines ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi syarikat penerbangan kos rendah dalam suasana ekonomi global yang mencabar, sekaligus mengundang persoalan mengenai keberlangsungan model perniagaan ini pada masa depan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *