Musk Berikan Ford Akses Kepada Rangkaian Pengecasan Tesla Di AS, Kanada

Musk Berikan Ford Akses Kepada Rangkaian Pengecasan Tesla Di AS, Kanada

Tesla akan membukakan rangkaian pengecas supernya di Amerika Syarikat dan Kanada kepada kenderaan elektrik Ford mulai 2024, kata syarikat itu semalam

Tesla akan membukakan rangkaian pengecas supernya di Amerika Syarikat dan Kanada kepada kenderaan elektrik Ford mulai 2024, kata syarikat itu semalam, menggandakan stesen yang tersedia kepada pengguna Ford.

“Pada awal 2024, semua pelanggan sedia ada dan pelanggan masa hadapan Ford akan mempunyai akses kepada 12,000 pengecas besar Tesla dan pengecas super berkelajuan tinggi di seluruh AS,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ford Jim Farley dalam satu pengumuman bersama dengan pemilik Tesla, Elon Musk.

Musk berkata beliau tidak mahu stesen pengecas Tesla “menjadi taman larangan,” merujuk kepada strategi yang menghalang pesaing daripada berkongsi produk atau teknologi.

“Kami mahu ia menjadi sesuatu yang menyokong elektrifikasi dan pengangkutan mampan secara umum,” tambah Musk.

Di samping itu, pembinaan EV generasi baharu Ford akan memasukkan plag pengecas Tesla, yang membolehkan pemilik mengecas di stesen Tesla tanpa penyesuai, kata Farley.

Pengumuman itu dibuat dalam acara Twitter Spaces dan muncul ketika persaingan semakin hangat untuk Tesla, yang sehingga kini telah menguasai industri EV yang baru muncul.

Menurut CNBC, Ford menduduki tempat kedua dalam jualan kenderaan elektrik sepenuhnya di Amerika Syarikat pada tahun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: