Kerajaan beri amaran kepada individu yang ambil kesempatan ke atas bantuan (Sara)

Aina Julia
1 Min Read

Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat melalui pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

“Jika perkara ini benar, siasatan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Kerajaan Madani akan menyiasat aduan tersebut. Pada masa sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada Ahad (7 Sept).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kementerian mengambil maklum mengenai beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa segelintir peniaga telah menaikkan harga barang.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar siasatan dapat dijalankan dengan segera. Sementara itu, MOF memaklumkan hari kelapan pelaksanaan Sara berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM102.5 juta melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam.

Sejak mula dilaksanakan pada 31 Ogos, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 11.8 juta rakyat yang membeli barangan keperluan menggunakan Sumbangan Sara dan kredit bulanan, dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM745.7 juta di seluruh negara.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *