Musim Durian kembali : Pakar ingatkan risiko kesihatan jika terlebih makan

Aina Julia
2 Min Read

Musim durian kembali semula, namun pengambilan berlebihan buah yang digelar Raja Buah ini boleh membawa risiko serius terhadap kesihatan, menurut pakar.

Pakar perubatan keluarga Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mastura Mohd Sopian, menasihatkan individu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, masalah jantung, buah pinggang atau tekanan darah tinggi agar tidak makan durian secara berlebihan.

“Untuk menikmati khasiat durian dengan selamat, hadkan pengambilan kepada tidak lebih daripada dua ulas bersaiz sederhana sehari, atau kira-kira 80 gram,” katanya.

Menurut Dr Mastura, makan durian secara berlebihan boleh menjejaskan paras gula dalam darah dan mengganggu fungsi metabolik normal, terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit kronik. Justeru, mereka disaran mengambil durian dalam jumlah kecil, sekali-sekala, atau sebaiknya dielakkan.

Beliau turut mengingatkan supaya mengelakkan makanan tertentu ketika makan durian kerana kandungannya yang kaya dengan karbohidrat, vitamin dan mineral.

Tatkala musim durian kembali, isu ladang durian haram di Raub masih berterusan.

“Makanan seperti hidangan pedas, minuman berkafein, minuman bergas, buah-buahan manis, pencuci mulut dan minuman bergula boleh menimbulkan ketidakselesaan pencernaan dan meningkatkan risiko kesihatan,” ujarnya.

Durian juga dikatakan bersifat “panas” dan boleh menyebabkan reaksi berbeza mengikut individu.

Sementara itu, Pakar Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Zuhaida Harun, berkata durian seharusnya dimakan mengikut saiz hidangan yang disyorkan, iaitu dua hingga tiga ulas.

“Durian mengandungi kalori dan gula semula jadi yang tinggi. Bagi penghidap diabetes, ia boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah yang berbahaya,” katanya.

Zuhaida turut menambah bahawa pengambilan durian yang tinggi boleh meningkatkan jumlah kalori harian seseorang secara mendadak dan berpotensi menyebabkan masalah seperti kembung perut, gangguan penghadaman atau rasa panas badan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi, turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap sederhana ketika menikmati durian, terutama dalam cuaca panas ketika musim puncak sekarang.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *