Pemandu UBER di AS diupah latih program AI

Rio Boestamam
2 Min Read

Penumpang UBER di Amerika Syarikta mungkin terpaksa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan Uber lebih lama daripada biasa, kerana pemandu sedang berada di tempat letak kereta memuat naik menu berbahasa Sepanyol. Ini adalah sebagai sebahagian daripada program baharu “tugasan digital” yang diumumkan oleh syarikat e-hailing itu semalam di mana program itu membayar pemandu untuk membantu melatih model kecerdasan buatannya (AI).

Dalam program perintis ini, pemandu Uber di Amerika Syarikat yang memilih untuk menyertai boleh memperoleh pendapatan tambahan (jumlahnya bergantung pada tahap kerumitan tugasan) melalui telefon mereka ketika menunggu penumpang, dengan melakukan aktiviti seperti:

  • Merakam audio dalam bahasa atau loghat tertentu.
  • Memasukkan dokumen dalam pelbagai bahasa (laporan The Verge menyebut bahawa memuat naik satu menu boleh dibayar sehingga AS$1).
  • Menghantar foto tertentu yang diminta.
Uber melancarkan teknologi AI nya sendiri pada bulan Jun lepas.

Adakah pemandu sedang melatih “pengganti” mereka sendiri? Program ini sebenarnya menyokong Uber AI Solutions, unit perniagaan Uber yang baru-baru ini memperluas operasi pelabelan datanya dengan membeli Segments.ai, sebuah syarikat pemula dari Belgium yang menggunakan data daripada kamera dan sensor untuk membantu pembangunan pemanduan automatik. Namun, jurucakap Uber menegaskan bahawa data yang dikumpulkan daripada tugasan pemandu tidak akan digunakan untuk membangunkan kenderaan tanpa pemandu.

Perlumbaan data AI: Langkah ini boleh membantu Uber memperkukuh kedudukannya dalam bidang kecerdasan buatan dan bersaing dengan syarikat seperti Scale AI, yang menawarkan perkhidmatan pengumpulan data serupa dan menerima pelaburan sebanyak AS$14 bilion daripada Meta pada bulan Jun lalu.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *