Harga LNG Melambung di Asia, Menjunam di Amerika Syarikat

Boboi CTC
1 Min Read

Konflik ketenteraan dengan Iran telah melumpuhkan aliran eksport tenaga dari Teluk Parsi, mengakibatkan kehilangan 20% bekalan LNG global selepas fasiliti Qatar rosak dan Selat Hormuz diancam serangan. Kesan daripada gangguan ini, harga gas di Eropah dan Asia melonjak drastik masing-masing sebanyak 84% dan 108%, memaksa negara-negara pengimport mencari alternatif bekalan dengan kadar segera.

Ketegangan di Timur Tengah menyaksikan beberapa fasiliti LNG utama di negara teluk musnah akibat dibom.

Berbeza dengan pasaran global, harga gas di Amerika Syarikat menjunam ke paras terendah 17 bulan kerana bekalan domestik yang melimpah-ruah tidak dapat dieksport akibat kapasiti loji LNG yang sudah penuh. Di kawasan Permian Basin, Texas, pengeluar gas menghadapi situasi unik di mana mereka terpaksa membayar pihak lain untuk menguruskan gas asli yang dianggap sebagai “produk sisa” kerana ketiadaan ruang dalam talian paip.

Syarikat pengeksport LNG AS kini mengambil alih peranan Qatar sebagai pembekal utama dunia, namun pengeluar gas ‘upstream’ masih bergelut dengan harga domestik yang rendah dan terpaksa mengurangkan pengeluaran. Kapasiti eksport AS dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030, tetapi pakar merangkakan bahawa bantuan infrastruktur talian paip hanya akan tersedia pada penghujung tahun ini atau awal 2027.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *