Menurut pihak berkuasa, kumpulan perompak berhenti di tepi jalan bersebelahan Sungai Seine pada pagi semalam dan menggunakan tangga boleh laras untuk memanjat masuk melalui tingkap di bahagian atas yang menghadap ke Galerie d’Apollon (Galeri Apollo).
Kementerian Kebudayaan Perancis menyatakan bahawa lapan barang kemas berikut telah dicuri:
- Tiara daripada set perhiasan Ratu Marie-Amélie dan Ratu Hortense
- Kalung daripada set batu nilam (sapphire) milik Ratu Marie-Amélie dan Ratu Hortense
- Subang (sebelah), sebahagian daripada sepasang subang batu nilam milik Ratu Marie-Amélie dan Ratu Hortense
- Kalung zamrud daripada set Marie-Louise
- Sepasang subang zamrud daripada set Marie-Louise
- Kerongsang dikenali sebagai reliquary brooch
- Tiara Permaisuri Eugénie
- Kerongsang besar berbentuk simpulan pada bahagian dada milik Permaisuri Eugénie

Pada tahun 1661, selepas kebakaran berlaku di Louvre, Raja Louis XIV telah mengarahkan arkitek Louis Le Vau untuk membina sebuah galeri baharu yang mencerminkan lambang baharunya, iaitu matahari. Le Vau menamakan ruang itu sempena Apollo, dewa matahari dalam mitologi Yunani.
Dewan yang terhasil itu dihiasi dengan daun emas dan lukisan-lukisan indah, dan kemudiannya menjadi ilham bagi Hall of Mirrors yang terkenal di Istana Versailles, yang siap dibina 20 tahun kemudian selepas Louis XIV berpindah dari Paris ke Versailles.
