amd-logo

AMD Rancang Ambil Alih Syarikat Pemula Perisian AI Dalam Usaha Mengejar Nvidia

AMD berkata pada hari Selasa ia merancang untuk membeli syarikat pemula kecerdasan buatan yang dipanggil Nod.ai sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keupayaan perisiannya.

Dalam perlumbaannya untuk mengejar pesaingnya Nvidia, Advanced Micro Devices merancang untuk tingkatkan pelaburan dalam perisian kritikal yang diperlukan untuk cip AI termaju syarikat itu.

Melalui usaha melebih sedekad, Nvidia telah membina kelebihan yang hebat dalam pasaran cip AI melalui perisian yang dibuatnya, dan ekosistem pembangun perisian.

AMD telah berjanji untuk melabur dan membina koleksi perisian bersatu untuk menggerakkan pelbagai cip yang dibuat oleh syarikat itu.

“Kami melaksanakan strategi itu,” kata presiden AMD Victor Peng dalam satu temu bual.

“Dan melakukannya melalui pelaburan dalaman serta pengambilalihan luaran,” jelasnya.

Pemerolehan Nod.ai sesuai dengan strategi kerana teknologinya membolehkan syarikat menggunakan model AI yang disesuaikan untuk cip AMD dengan lebih mudah.

AMD tidak mendedahkan syarat perjanjian itu. Menurut data PitchBook Nod.ai yang berpangkalan di Santa Clara, California telah mengumpulkan kira-kira AS$36.5 juta.

Awal tahun ini, AMD mencipta kumpulan AI yang akan menempatkan pemerolehan Nod.ai, kata Peng.

Kumpulan itu menggaji kira-kira 1,500 jurutera – sebahagian besar berkaitan perisian – dan AMD merancang untuk terus mengembangkan pasukan dengan 300 pekerja tambahan tahun ini, dan lebih banyak lagi pada 2024.

Pengambilalihan Nod.ai adalah yang kedua syarikat itu dalam beberapa bulan lalu, kata Peng sambil menambah syarikat “sentiasa mencari” untuk meningkatkan portfolionya dengan pengambilalihan tambahan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *