google-antitrust

Anak Syarikat Google Di Rusia Akan Memfailkan Kebangkrapan Selepas Akaun Bank Dirampas

Anak syarikat Google di Rusia merancang untuk memfailkan kebankrapan selepas pihak berkuasa merampas akaun banknya sehingga menyebabkan mustahil untuk syarikat membayar kakitangan dan vendor.

Bagaimanapun, syarikat akan operasi perkhidmatan percuma termasuk carian dan YouTube, kata jurucakap Google semalam.

Unit Alphabet Inc GOOGL.O telah berada di bawah tekanan di Rusia sejak beberapa bulan lalu kerana gagal memadamkan kandungan yang dianggap tidak sah oleh Moscow dan menyekat akses kepada beberapa media Rusia di YouTube.

Namun begitu, kerajaan Rusia setakat ini belum menyekat akses kepada perkhidmatan Google di negaranya.

“Rampasan akaun bank Google Rusia oleh pihak berkuasa telah menyebabkan pejabat Rusia kami tidak dapat berfungsi, termasuk menggaji dan membayar pekerja yang berpangkalan di sana, membayar pembekal dan vendor serta memenuhi kewajipan kewangan lain,” kata jurucakap Google.

“Google Rusia telah menerbitkan notis mengenai hasratnya untuk memfailkan kebankrapan,” tambahnya.

Media Rusia sebelum ini berkata sebanyak 1 bilion rubel telah dirampas dari Google oleh pihak bailif atas kegagalan mereka mengembalikan akses akaun Youtube rasmi kerajaan Rusia.

Pangkalan data Perkhidmatan Bailif Persekutuan Rusia menyenaraikan dua rampasan sejak pertengahan Mac dan mengesahkan bahawa mereka telah merampas aset dan harta Google.

Google telah memindahkan ramai pekerjanya keluar dari Rusia sejak Moscow menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine pada 24 Februari walaupun terdapat sebahagian yang masih kekal.

Nota yang disiarkan di laman pendaftaran rasmi Rusia semalam menunjukkan bahawa sejak 22 Mac lalu, Google telah meramalkan “ketidakupayaan untuk memenuhi kewajipan kewangannya,” termasuk bayaran pemberhentian, imbuhan untuk kakitangan semasa dan bekas serta pembayaran mandatori tepat pada masanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *