boe-uk-gbp-pound-1

Inflasi UK Melonjak Ke Paras Tertinggi 40 Tahun, Cetus Gesaan Untuk Segera Bertindak

Kadar inflasi Britain telah melonjak ke paras tertinggi 40 tahun berikutan kos tenaga yang melambung tinggi, mencetuskan gesaan untuk bajet kecemasan kerajaan bagi memerangi krisis kos sara hidup yang semakin teruk.

Menurut data rasmi yang diterbitkan semalam, inflasi tahunan melonjak kepada 9.0 peratus pada April daripada 7.0 peratus pada Mac, kata Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS).

Angka itu sekali gus memberikan satu lagi tamparan hebat kepada rakyat Britain yang pandapatan mereka tidak lagi seiring dengan lonjakan harga.

ONS juga menambah bahawa bacaan inflasi pada bulan April itu adalah yang tertinggi sejak 1982.

Ekonomi-ekonomi utama sedang dilanda inflasi yang tinggi sejak beberapa dekad, terutamanya harga tenaga dan makanan akibat perang Ukraine dan pembukaan semula sekatan Covid.

Situasi yang mendesak ketika ini telah memaksa kebanyakan bank pusat termasuk Federal Reserve dan Bank Pusat England untuk menaikkan kadar faedah.

Menurut ONS, tekanan pada belanjawan isi rumah UK semakin meruncing pada bulan April, termasuk kenaikan cukai kerana kerajaan sedang berusaha menambah semula tabung negara yang terjejas dengan bantuan-bantuan sepanjang pandemik.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *