Analisa Teknikal EurUsd 11 February 2023

EurUsd di Timeframe Daily .

Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sepertinya harga pada hari jumaat close dengan breakout Support 1.07000. Ini menandakan bahawa harga masih kuat untuk meneruskan sesi Downtrend tersebut. Terus fokus pada peluang sell sahaja memandangkan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Saya menjangka kan bahawa harga pada minggu hadapan akan terus turun sehingga ke paras support yang seterusnya.

Entry: Terdapat 2 peluang reentry yang terbaik. Pertama adalah di 50% body Candle bearish tersebut atau di SbR tersebut. Zone entry kedua ialah di Resistance semasa ketika mana harga break semula diatas SbR tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan failed jika harga terus berjaya break dan close diatas Resistance semasa.

**SILA KAWAL MM ANDA**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *