PicsArt_08-12-11.56.27-scaled

Analisa Teknikal GbpUsd 12 Ogos 2023

GbpUsd di timeframe Daily.

  • Harga asalnya dalam kedudukan Uptrend. Namun harga telah berjaya break dan close dibawah Support semasa (kini support tersebut telah menjadi Resistance) menunjukkan bahawa harga tiada momentum untuk meneruskan kenaikan.
  • Harga juga telah berjaya break dan close dibawah Uptrend Trendline menunjukkan bahawa harga kuat momentumnya untuk meneruskan penurunan.
  • Sepertinya harga ingin membuat chart Pattern Head and Shoulder dimana pada minggu lepas harga telah selesai membuat right shoulder.
  • Saya mula fokus pada peluang sell memandangkan trend harga ketika ini berada dalam kedudukan Downtrend.
  • Peluang reentry sell berhampiran Uptrend trendline atau di SbR.
  • Tunggu sehingga munculnya setup price action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry.
  • Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula diatas SbR.

**SILA KAWAL MM ANDA**

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *