Russia_UAE_Reuters

AS atau Rusia? Negara-negara Arab Teluk Dalam Dilema

Memilih pihak dalam krisis Ukraine adalah mudah bagi negara Teluk yang telah lama dilindungi oleh AS, tetapi hubungan yang semakin meningkat dengan Moscow memaksa mereka untuk mencapai keseimbangan.

Ketika dunia seiring mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, negara-negara kaya Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebahagian besarnya masih berdiam diri.

Pakar-pakar Timur Tengah berkata tindakan mereka untuk terus berdiam boleh difahami memandangkan terdapat beberapa isu penting yang perlu dijaga seperti tenaga, wang dan keselamatan.

“Bukan sahaja hubungan ekonomi yang berkembang, tetapi juga hubungan keselamatan negara-negara itu dengan Moscow,” kata Anne Gadel, pakar Timur Tengah dan penyumbang kepada badan pemikir Perancis Institut Montaigne.

Semalam, UAE berkecuali bersama-sama China dan India daripada undian di Majlis Keselamatan AS yang menuntut Moscow menarik balik tenteranya.

Rusia seperti dijangka memveto resolusi yang ditulis bersama oleh AS dan Albania dengan 11 daripada 15 ahli majlis itu mengundinya.

Selepas undian, agensi berita UAE berkata, menteri luar UAE dan AS telah berhubung menerusi panggilan telefon untuk menyemak “perkembangan global”. Tiada sebutan dibuat mengenai Ukraine.

Sementara itu, kementerian luar Rusia mengumumkan bahawa menteri luar UAE dan Rusia akan bertemu pada hari Isnin di Moscow untuk membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi hubungan antara kedua-dua negara daripada pelbagai arah.

Beberapa jam sebelum Rusia melancarkan serangan darat, laut dan udara besar-besaran terhadap Ukraine pada hari Khamis, UAE telah “menekankan hubungan erat yang terjalin” dengan Moscow.

Kuasa besar Arab Saudi tidak bertidak balas terhadap pencerobohan itu, sebagaimana UAE, Bahrain dan Oman. Kuwait dan Qatar pula hanya mengecam keganasan dan berhenti daripada mengkritik Moscow.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *