rbi-2000-rupee

AS$3 bilion Baki Wang Kertas 2,000 Rupee Belum Ditukar Sebelum Diberhentikan Penggunaan

Wang kertas dengan nilai tertinggi India akan dihapuskan dalam masa kurang daripada seminggu sementara masih terdapat hampir 240 bilion rupee (AS$2.9 bilion atau RM13.54 bilion) nilai wang kertas itu dalam edaran.

Bank Rizab India (RBI) mengarahkan pemansuhan wang kertas 2,000 rupee pada 19 Mei, memberi peluang kepada orang ramai sehingga akhir September untuk menukar atau mendepositkannya dengan bank.

Walaupun sebahagian besar daripada 3.56 trilion rupee telah didepositkan ke dalam bank sejak pengumuman itu, 7% daripada wang kertas tersebut masih kekal dalam edaran setakat 1 September.

Wang keratas 2,000 rupee berwarna merah jambu itu diperkenalkan kembali dan sah diperlakukan pada November 2016.

Pengunaan wang kertas itu adalah susulan keputusan mengejut Perdana Menteri India Narendra Modi untuk menghentikan penggunaan nilai wang kertas 1,000 dan 500 rupee, sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan rasuah.

Dalam notis pemansuhan, RBI berkata wang kertas itu telah memenuhi tujuannya dan tidak lagi digunakan secara lazim.

Ia juga memetik bahawa “dasar wang kertas bersih” adalah untuk menggantikan wang kertas kotor dalam tempoh empat hingga lima tahun.

Pengumuman pada Mei itu membawa kepada peningkatan kecil pengguna untuk ekonomi India, dengan media tempatan melaporkan kedai barang kemas sesak dengan jualan emas pada harga premium.

Wang kertas itu akan kekal sah selepas 30 September, namun ia tidak akan diterima untuk tujuan transaksi di institusi bank dan hanya boleh ditukar dengan bank pusat India, RBI.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *