micron-penang

Micron Akan Labur AS$3.7 bilion Di Jepun Untuk Pembuatan Cip DRAM Ekstrem

Micron Technology pada hari berkata bahawa mereka akan melabur sehingga 500 bilion yen (AS$3.7 bilion) dalam teknologi ultraungu (EUV) ektrem dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan sokongan daripada kerajaan Jepun.

Mesin pembuatan cip ultraungu (EUV) ekstrem baharu yang akan digunakan untuk membuat cip 1-gamma, yang boleh digunakan untuk pengeluaran besar-besaran bahan yang diperlukan dalam aplikasi kompleks seperti rangkaian pemprosesan imej.

Micron akan menjadi syarikat semikonduktor pertama yang membawa teknologi EUV ke Jepun bagi proses pengeluaran, kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ia menjangka untuk meningkatkan pengeluaran EUV pada nod 1-gamma di Taiwan dan Jepun mulai 2025 dan berikutnya.

Pengumuman itu dibuat selepas pembuat cip memori AS memulakan pengeluaran besar-besaran cip memori capaian rawak dinamik (DRAM) 1-beta berkuasa rendah berkapasiti tinggi baharunya di kilangnya di Hiroshima tahun lepas.

Jepun telah berusaha untuk menggiatkan semula sektor cipnya, yang mana ahagian pasaran globalnya telah jatuh sekitar 10 peratus daripada kira-kira 50 peratus pada akhir 1980-an.

Sementara itu, Amerika Syarikat semakin menggesa sekutunya untuk bekerjasama bagi menentang pembangunan cip dan teknologi canggih China.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *