london-stock-exchange

Barclays: Sekuriti Bernilai AS$7 bilion Yang Silap Dijual Telah Dituntut

Barclays berkata pelabur telah mengemukakan tuntutan sebanyak AS$7 bilion daripada sekuriti bernilai AS$17.7 bilion yang telah silap dijual, di bawah syarat yang dipanggil tawaran pembatalan yang mana bank terpaksa membeli balik nota dan membayar pampasan kepada pembeli.

Bank Britain itu berkata ia sedang menilai kesan kewangan keseluruhan tawaran itu dan akan memberikan maklumat terkini dalam masa terdekat.

Kemunculan kesilapan penjualan ini telah bermula sejak 28 Mac, apabila Barclays mendedahkan bahawa ia telah terlebih menjual pelbagai nota berstruktur dan dagangan bursa yang kompleks.

Angka kesilapan itu melebihi kira-kira 75 peratus, melepasi had AS$20.8 bilion yang dipersetujui bersama pihak pengawal selia Amerika Syarikat.

Pembeli nota, yang dianggap “sekuriti tidak berdaftar” di bawah undang-undang AS itu mempunyai hak untuk menuntut Barclays membeli balik pelaburan pada harga asal ditambah faedah.

Akibat daripada kesilapan itu, perolehan suku kedua Barclays berkurangan sebanyak 580 juta pound atau AS$667.58 juta.

Jumlah itu adalah selepas bayaran untuk kos yang dijangkakan untuk membetulkan kesilapan itu dapat dikurangkan oleh lindung nilai (hedge) yang dibuat oleh bank terhadap kos tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *