Binance Diarah Hentikan Semua Perkhidmatan Mata Wang Digital Di Belgium

Binance Diarah Hentikan Semua Perkhidmatan Mata Wang Digital Di Belgium

Pengawal selia FSMA Belgium semalam mengarahkan Binance untuk berhenti menawarkan sebarang perkhidmatan mata wang maya di negara mereka, sekali gus m

Pengawal selia FSMA Belgium semalam mengarahkan Binance untuk berhenti menawarkan sebarang perkhidmatan mata wang maya di negara mereka, sekali gus menambah tekanan ke atas pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia itu.

Binance, yang diasaskan oleh Changpeng Zhao di Shanghai pada 2017, telah berkembang untuk menguasai industri kripto, namun tetap menghadapi penelitian ketat daripada pengawal selia yang berminat untuk mengekang pengubahan wang haram.

“Binance menawarkan dan menyediakan perkhidmatan pertukaran di Belgium antara mata wang maya dan mata wang sah, serta perkhidmatan dompet jagaan, dari negara yang bukan ahli Kawasan Ekonomi Eropah,” kata FSMA.

“Oleh itu FSMA telah mengarahkan Binance untuk berhenti, berkuat kuasa serta-merta, menawarkan atau menyediakan mana-mana dan semua perkhidmatan sedemikian di Belgium,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, Binance dan Binance.US menandatangani perjanjian dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS untuk memastikan aset pelanggan AS kekal di Amerika Syarikat sehingga tuntutan saman menyeluruh yang difailkan bulan ini oleh SEC diselesaikan.

Perancis juga sedang menyiasat Binance, yang telah memutuskan untuk keluar dari pasaran Belanda kerana ia tidak dapat memenuhi keperluan pendaftaran untuk beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan aset maya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: