bb

BlackBerry Jual Paten Berkaitan Peranti Mudah Alih Pada Harga AS$600 juta

BlackBerry Ltd pada hari ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju menjual paten legasinya yang berkaitan dengan peranti mudah alih, pemesejan dan rangkaian tanpa wayar kepada Catapult IP Innovations dengan harga AS$600 juta.

Syarikat keselamatan siber dari Kanada itu berkata paten yang penting untuk perniagaan terasnya tidak termasuk dalam perjanjian tersebut.

Malah, mereka juga menjelaskan transaksi dengan Catapult IP tidak akan memberi kesan kepada penggunaan produk atau perkhidmatan pelanggannya.

Langkah itu dibuat beberapa minggu selepas BlackBerry menarik perkhidmatan untuk perniagaan telefon pintarnya yang berada di mana-mana, yang sebelum ini dijulang oleh ramai peminat pada awal 2000-an.

Pada penutupan perjanjian itu, Blackberry akan menerima wang tunai sekitar $450 juta dan surat janji hutang sebanyak AS$150 juta.

Persaingan yang sengit dalam arena telefon pintar walaupun pernah dikenali dengan pengenalan papan kekunci fizikal QWERTY kecil dan perkhidmatan pemesejan segera BMM, Blackberry kini telah mengalihkan perniagaan terasnya kepada keselematan siber dan perisian bagi pembuat kenderaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *