boe-baiely

BoE Mungkin Perlu Had Penggunaan Stablecoin Untuk Pembayaran

Britain akan menerima pakai peraturan untuk mengawal selia stablecoin, satu bentuk mata wang kripto yang disokong oleh aset atau mata wang fiat, yang boleh digunakan pengguna untuk membuat pembayaran secara digital.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Gabenor Bank of England Jun Cunliffe, perlunya ditetapkan had pada penggunaan stablecoin utama untuk pembayaran.

Di samping itu, stablecoin juga harus disokong oleh aset berkualiti tinggi dan cair bagi melindungi pengguna, ujarnya.

“Stablecoin yang sistemik perlu disokong dengan aset berkualiti tinggi dan cair,” kata Cunliffe pada persidangan yang diadakan oleh Innovate Finance, sebuah badan industri fintech UK.

“Aset ini juga boleh termasuk sama ada deposit di BoE atau sekuriti yang sangat cair, atau beberapa gabungan kedua-duanya. Kami sedang mempertimbangkan pilihan mana yang paling sesuai,” kata Cunliffe.

Di peringkat awal, tidak mungkin untuk melindungi deposit stablecoin sekiranya berlaku kegagalan dengan menggunakan skim yang dibiayai oleh industri yang melindungi deposit bank sterling sehingga £85,000, kata Cunliffe.

“Ini mengukuhkan keperluan untuk memastikan bahawa aset sokongan pada setiap masa mempunyai nilai yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penebusan. Dan ia juga menyerlahkan potensi peranan keperluan modal,” jelasnya.

BoE telah membuat kesimpulan bahawa dari semasa ke semasa risiko kepada kestabilan kewangan daripada stablecoin harus dapat diurus.

“Tetapi kami tidak dapat mengetahui dengan pasti sejauh mana kecepatan pembayaran stablecoin ini boleh diterima pakai.

“Kami mungkin perlu mengehadkannya, sekurang-kurangnya di peringkat awal untuk memastikan kami dapat mengelak gangguan perubahan yang boleh mengancam kestabilan kewangan,” tegas Cunliffe.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *