huawei-1

EU Pertimbang Larangan Mandatori Ke Atas Penggunaan Huawei Dalam Rangkaian 5G

Kesatuan Eropah sedang mempertimbangkan larangan mandatori ke atas negara anggota untuk menggunakan syarikat yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan dalam rangkaian 5G mereka, termasuk Huawei Technologies China, lapor Financial Times.

Tindakan itu dibuat sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat di Brussels mengenai penangguhan sebahagian kerajaan untuk segera bertindak.

Pada 2020, EU berkata bahawa negara anggota boleh sama ada menyekat atau mengecualikan vendor 5G berisiko tinggi seperti Huawei daripada bahagian teras rangkaian telekomunikasi mereka.

Pilihan itu diberikan bertujuan mengelak tekanan daripada AS yang menggesa sekutunya untuk mengenakan sekatan langsung ke atas syarikat telekomunikasi China.

Dalam mesyuarat Jumaat lalu, pesuruhjaya pasaran dalaman EU Thierry Breton memaklumkan menteri telekomunikasi bahawa hanya satu pertiga daripada negara EU telah melaksanakan larangan Huawei di kawasan kritikal, kata laporan itu.

Memandangkan larangan pada 2020 gagal memenuhi jangkaan, EU boleh memperkenalkan larangan mandatori ke atas syarikat yang dianggap menimbulkan risiko keselamatan, sekiranya negara anggota seperti Jerman terus menangguhkannya, tambah akhbar itu.

Jerman telah mempertimbangkan untuk mengharamkan komponen tertentu daripada syarikat China Huawei dan ZTE dalam rangkaian telekomunikasinya, lapor Reuters pada Mac.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *