Boeing Co menjangka untuk mengurangkan kira-kira 2,000 pekerjaan dalam beberapa fungsi sokongan terutamanya dalam kewangan dan sumber manusia.
Langkah itu dibuat bertujuan untuk membolehkan Boeing menjajarkan sumber dengan lebih baik untuk menyokong produk semasa dan pembangunan teknologi.
Pembuat pesawat AS itu mengesahkan laporan daripada Seattle Times semalam dan berkata pembuangan tersebut akan dilaksanakan melalui gabungan pengurangan dan pemberhentian.
Pada Januari, syarikat yang berpangkalan di Arlington, Virginia mengumumkan akan mengambil 10,000 pekerja pada 2023 selepas mengambil 15,000 orang pada 2022, namun menjelaskan bahawa beberapa jawatan sokongan akan dikecilkan.
Boeing juga mengesahkan ia akan penyumberluaran kira-kira satu pertiga daripada pekerjaan tersebut kepada Tata Consulting Services di India.
Saham Boeing ditutup naik 0.4 peratus kepada AS$206.81 dan naik 0.5 peratus dalam dagangan selepas waktu perniagaan.
Pada 2022, Boeing juga telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kira-kira 150 pekerjaan kewangan di Amerika Syarikat untuk memudahkan struktur korporatnya dan menumpukan lebih banyak sumber kepada pembuatan dan pembangunan produk.