broadcom

Broadcom Umum Rancangan Untuk Membeli VMware Dalam Perjanjian Bernilai AS$61b

Broadcom lewat malam semalam mengumumkan satu perjanjian bernilai AS$61 bilion untuk membeli syarikat pengkomputeran awan VMware dalam satu transaksi teknologi gergasi yang akan memperluaskan penawaran perisian pembuat cip itu.

Perjanjian tunai dan saham tersebut akan menggabungkan aset perisian pembuat cip Broadcom dengan aset VMware, peneraju dalam pengkomputeran awan dan teknologi virtualisasi.

Gabungan itu dirangka untuk meningkatkan tawaran Broadcom kepada pelanggan dengan “pilihan dan fleksibiliti yang lebih hebat untuk membina, menjalankan, mengurus, menyambung dan melindungi aplikasi merentas pelbagai persekitaran yang tersebar,” kata syarikat dalam satu kenyataan.

Dipimpin oleh CEO Hock Tan, Broadcom telah berkembang melalui pengambilalihan, dengan hasil fiskal 2021 dilaporkan sebanyak AS$27.5 bilion.

Pada 2017 yang lalu, Broadcom telah membuat tawaran untuk memperoleh Qualcomm, syarikat pesaing dalam pembuatan cip dengan harga AS$117 bilion.

Bagaimanapun, transaksi itu telah disekat oleh pentadbiran presiden Donald Trump pada ketika itu atas alasan keselamatan negara kerana kebanyakkan operasi Qualcomm berada di AS walaupun ia berpangkalan di Singapura.

Perjanjian dengan VMware itu akan menghapuskan pergantungan Broadcom pada pendapatan semikonduktor di tengah-tengah kebimbangan memuncak terhadap kitaran (pembuatan) cip,” tulis UBS dalam notanya di samping turut menekakan kebimbangan mengenai tahap hutang yang lebih tinggi disebabkan oleh perjanjian itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *