FILE PHOTO: A picture illustration shows Russian rouble banknotes of various denominations on a table in Warsaw, Poland, January 22, 2016. REUTERS/Kacper Pempel/File Photo

Impak Yang Kecil Ke Atas AS, Ekonomi Dunia Jika Rusia Gagal Membayar Hutang – White House

White House dalam satu kenyataan semalam menjangkakan impak yang kecil ke atas AS dan ekonomi dunia jika Rusia gagal membayar hutang.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas kerajaan AS memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian yang membolehkan Rusia membayar pemegang-pemegang bon AS.

“Kami menjangkakan kesan yang minimum ke atas AS dan ekonomi global, memandangkan Rusia telah pun diasingkan dari segi kewangan,” kata jurucakap White House Karine Jean-Pierre dalam taklimat akhbar semalam.

“Sejak itu, Jabatan Perbendaharaan terus memantau dan mengadakan perbualan dengan komuniti kewangan global,” katanya.

AS telah mendorong Rusia menghampiri ambang kegagalan membayar hutang pada hari Rabu lalu apabila tidak melanjutkan lesen atau pengecualian Rusia untuk membayar pemegang bon.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata dalam laman webnya bahawa mereka akan membiarkan luput lesen yang tamat pada hari Rabu dan membiarkan Rusia membuat pembayaran faedah dan tempoh matang ke atas hutang kerajaannya kepada rakyat AS.

Pengecualian itu telah membolehkan Rusia menangguh pembayaran hutang kerajaannya, namun tamatnya tempoh tersebut menyebabkan ia tidak dapat lagi dapat mengelak untuk membayar sekurang-kurangnya AS$40 bilion bon antarabangsanya.

Sekatan Barat yang dikenakan selepas pencerobohan Kremlin pada 24 Februari ke atas Ukraine, dan tindakan balas dari Moscow, telah merumitkan pergerakan wang merentasi sempadan, namun Rusia masih berusaha untuk terus membayar pemegang bon.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *