byd-vs-tesla

BYD China Perlahankan Rancangan Membina Kilang EV Di Vietnam

Gergasi pembuat EV China BYD telah memperlahankan rancangannya untuk membina sebuah kilang EV di Vietnam, kata seorang pengurus taman perindustrian kawasan kilang itu akan dibina semalam.

Kerajaan Vietnam berkata pada Mei tahun lalu bahawa BYD telah memutuskan untuk membina sebuah kilang untuk mengeluarkan dan memasang kereta elektrik di wilayah utara Vietnam Phu Tho, di mana syarikat itu sudah mempunyai kilang yang menghasilkan tablet untuk Apple.

“Disebabkan strateginya dan kelembapan pasaran kenderaan elektrik, BYD memperlahankan (rancangan) untuk memulakan pembinaan,” kata Luong Thanh Tung, naib pengerusi Gelex Group, syarikat yang mengendalikan taman perindustrian di mana BYD akan membina kilang baharu itu.

Bercakap pada persidangan pemegang saham di Hanoi, Tung berkata bahawa selepas rundingan panjang dengan BYD, Gelex telah menempah 100 hektar (250 ekar) tanah komersial di taman perindustrian Phu Ha untuk kilang kenderaan elektrik.

Namun begitu selepas kelewatan, kedua-dua pihak kini mencari masa yang sesuai untuk memulakan projek itu, katanya pada mesyuarat itu.

Dalam satu kenyataan yang lain, Gelex berkata BYD masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai sebarang kemungkinan tentang kilang itu.

Pertumbuhan dalam pasaran EV global dijangka perlahan tahun ini kerana kejatuhan subsidi negara.

Pengumuman kerajaan Vietnam mengenai rancangan pelaburan BYD berikutan lawatan ke negara itu oleh ketua BYD Wang Chuanfu pada Mei, namun tidak menyebutkan tarikh permulaan atau saiz pelaburan untuk projek itu.

Pada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha pada Mei lalu, Chuanfu berkata beliau mengharapkan “keadaan yang baik untuk menyelesaikan prosedur pelaburan.”

BYD juga sedang membina kilang EV di Thailand dan merancang untuk membina kemudahan EV di Indonesia.

Pada 2023, BYD telah menjual lebih 3 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia, termasuk EV bateri dan hibrid plug-in.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *