China Shanghai CATL Exhibition

CATL China Memeterai Perjanjian AS$1.4 bilion Untuk Membangunkan Bateri Litium Di Bolivia

Syarikat bateri gergasi China CATL mengesahkan pelaburan AS$1.4 bilion untuk membantu membangunkan simpanan besar Litium yang mana sebahagian besarnya belum diterokai.

Perjanjian itu mengukuhkan kerjasama CATL, pengeluar terbesar di dunia bagi bateri kenderaan elektrik, dengan kerajaan Bolivia yang merupakan rumah kepada sumber litium terbesar di dunia.

Susulan pertemuan dengan eksekutif CATL pada hari Ahad yang lalu, Presiden Bolivia Luis Arce mengesahkan komitmen untuk membina dua lojio litium bertujuan mengekstrak mineral dari dataran garam Uyuni dan Oruro di negara itu.

“Kami bertemu dengan Burton Roy (Yu Bo), Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pelaburan CATL untuk mengesahkan pelaburan sebanyak AS$1.4 bilion,” kata presiden itu menerusi Twitter, sambil menambah bahawa sebagai rakan kongsi mereka akan “menilai kemungkinan” untuk meningkatkan pelaburan pada 2028.

Menurut kementerian tenaga, pembinaan kedua-dua loji dapat dimulakan sejurus Julai dengan pelaburan keseluruhan meningkat kepada sekitar AS$9.9 bilion semasa proses perindustrian projek tersebut.

Pengumuman CATL itu adalah susulan daripada perjanjian perkongsian yang ditandatangani pada 20 Januari antara syarikat litium yang dikendalikan kerajaan Bolivia, Yacimientos del Litio Bolivianos (YLB), dan sebuah konsortium China.

Dalam perjanjian itu CATL akan melabur lebih AS$1 bilion dalam peringkat pertama projek tersebut sebagai pertukaran hak untuk membangunkan dua loji litium, yang setiap satu boleh menghasilkan sehingga 25,000 tan metrik litium karbonat gred bateri setahun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *