28 February 2022, Bavaria, Munich: Russian ruble banknotes lie on a table. The European Union put its serious sanctions against the Russian Central Bank into effect on Monday night. According to EU Commission President von der Leyen, they include a ban on transactions with the financial institution. Photo: Sven Hoppe/dpa (Photo by Sven Hoppe/picture alliance via Getty Images)

CDDC: Rusia Gagal Membayar Faedah Hutang

Rusia telah gagal membayar faedah AS $1.9 juta yang terakru atas bon kerajaan asing, kata satu panel pelabur ketika Moscow menghadapi risiko kegagalan membayar hutang pertama sejak 1918.

Jawatankuasa Penentuan Derivatif Kredit (CDDC) berkata di laman webnya bahawa ia cenderung mengatakan “ya” sebagai jawapan kepada soalan daripada pemegang bon sama ada “kegagalan untuk membayar kredit” telah berlaku.

Sekatan yang dikenakan oleh Barat telah memutuskan Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa, sekali gus menyukarkan Rusia untuk membayar hutangnya.

Kali terakhir Rusia gagal membayar hutang asingnya adalah pada 1918, ketika pemimpin revolusi Bolshevik Vladimir Lenin enggan mengiktiraf komitmen rejim Tsar yang digulingkan.

Kemudian, kegagalan membayar hutang dalam denominasi rubel pada tahun 1998 di tengah-tengah krisis kewangan yang meluas seluruh dunia.

Namun, kali ini sekatan Barat dilihat berisiko meletakkan Rusia pada kedudukan yang sama dalam memenuhi komitment asingnya.

Keputusan CDDC itu adalah berkaitan dengan bon yang telah matang pada 4 April, namun bayaran pokok dan faedah masih belum dilakukan sehingga 2 Mei, mengakibatkan hutang bertambah sebanyak AS$ 1.9 juta.

Panel yang terlibat boleh memutuskan sama ada ingin atau tidak mengaktifkan swap kegagalan membayar kredit mengikut polisi insurans

Namun keputusan mengenai hal tersebut masih belum diumumkan setakat semalam walaupun mereka akan bermesyuarat pada Isnin depan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *