binance-summit

CEO Mengaku Bersalah Atas Pengubahan Wang Haram, AS$1b Dikeluarkan Dari Binance Dalam 24 Jam

Pelabur telah mengeluarkan sekitar AS$956 juta daripada pertukaran kripto Binance dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor firma data Nansen sehari selepas CEO Changpeng Zhao, meletak jawatan dan mengaku bersalah kerana melanggar undang-undang anti-pengubahan wang haram AS.

Perjanjian itu, yang akan menyaksikan Binance membayar AS$4.3 bilion denda kepada pihak berkuasa AS untuk menyelesaikan siasatan kewangan haram sejak beberapa tahun lalu, telah menimbulkan persoalan mengenai masa depan bursa crypto terbesar di dunia itu.

Zhao telah digantikan oleh Richard Teng, seorang eksekutif kanan Binance yang menyertai pada 2021.

Data Nansen tidak memasukkan aliran bitcoin, namun memberi isyarat bahawa berita semalam telah menggusarkan sesetengah pelanggan Binance.

Bagaimanapun, data menunjukkan masih terdapat lebih AS$65 bilion aset pada platform itu.

“Binance telah menyaksikan aliran keluar pertukaran yang ketara sejak pengumuman itu, tetapi berbanding dengan jumlah pegangan mereka, ia agak kecil,” kata penganalisis Nansen.

Pelabur menarik kira-kira AS$1.43 bilion daripada bursa crypto dan sekutu ASnya pada Jun selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS menyaman syarikat itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *