AI-china-usa

China Sasar Pertumbuhan 50% Dalam Kuasa Pengkomputeran Untuk Tingkatkan Latihan AI

China menyasarkan untuk meningkatkan agregat kuasa pengkomputeran negara itu lebih daripada 50% menjelang 2025.

Menurut rancangan yang dikeluarkan oleh enam jabatan di Beijing termasuk Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) itu, sasaran telah ditetapkan untuk jumlah kuasa pengkomputeran China untuk mencapai 300 EFLOPS menjelang 2025.

EFLOPS, bersamaan dengan satu quintillion operasi titik terapung sesaat, mengukur kelajuan komputer.

Angka ini diterbitkan ketika Beijing sedang meningkatkan tumpuannya pada inovasi superkomputer dan kecerdasan buatan (AI).

Pelan itu juga dibuat di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat antara China dan AS dalam pelabagai bidang berteknologi tinggi daripada semikonduktor dan superkomputer kepada AI, termasuk kawalan eksport AS ke atas peralatan pembuatan cip.

MIIT mendedahkan pada Ogos bahawa kuasa pengkomputeran China telah mencapai 197 EFLOPS tahun ini, meningkat daripada 180 EFLOPS pada 2022.

Tanpa menghuraikan skala kuasa pengkomputeran AS yang dirujuknya, MIIT berkata peningkatan EFLOPS itu meletakkan China pada kedudukan kedua di belakang AS.

Memandangkan latihan AI memerlukan jumlah pengiraan yang besar, usaha untuk mengembangkan bekalan kuasa pengkomputeran semakin menjadi tumpuan bagi Beijing.

Menurut catatan blog oleh Google bulan lalu, model AI generatif peringkat teratas dunia “akan memerlukan berpuluh-puluh EFLOP pengkomputeran AI untuk mengekalkan masa latihan selama beberapa minggu atau kurang”.

Menurut rancangan itu, China menyasarkan untuk membina lebih banyak pusat data di seluruh negara untuk memudahkan akses perniagaan kepada kuasa pengkomputeran.

Bagi memenuhi permintaan industri AI yang sedang berkembang pesat, Beijing juga merancang untuk menambah baik infrastruktur pengiraan di barat China.

Tumpuan lain adalah untuk meningkatkan kelajuan dan kecekapan rangkaian pengiraan. Pelan itu mengatakan bahawa kelajuan penghantaran antara kemudahan pengkomputeran kritikal tidak boleh membenarkan latensi lebih daripada lima milisaat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *