China-Iran-oil-750

China Tingkatkan 20% Kuota Import Minyak Mentah Berbanding Setahun Lalu

China telah mengeluarkan kuota import minyak mentah 2023 bagi pusingan ketiga, meningkatkan jumlah keseluruhan pada separuh pertama tahun ini kepada 194.1 juta tan dengan kenaikan 20 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Tiga puluh tiga syarikat yang mana kebanyakannya penapis bebas, menerima 62.28 juta tan peruntukan dalam pusingan ini, lapor Reuters.

Angka itu lebih tinggi berbanding 52.69 juta tan metrik yang dikeluarkan oleh Beijing pada Jun tahun lalu serta jumlah kuota yang dikeluarkan sebanyak 161.72 juta tan metrik sepanjang separuh pertama 2022.

Zhejiang Petroleum & Chemical Co, anak syarikat Rongsheng Petrochemical, telah diberikan 20.0 juta tan metrik dalam terbitan pusingan baharu terbitan.

Hengli Petrochemical dan Shenghong Petrochemical pula masing-masing menerima 3.0 juta tan dan 8.0 juta tan.

Kuota selebihnya diperuntukkan kepada penapis bebas bersaiz lebih kecil, dikenali sebagai ‘teapot’, di wilayah Shandong timur China.

Kilang-kilang penapisan bebas China beberapa bulan lalu telah meningkatkan import minyak mentah berdiskaun yang secara asasnya dari Rusia, Iran dan Venezuela bagi menaikkan margin penapisan di tengah-tengah permintaan bahan api dan petrokimia yang kurang memberangsangkan di negara itu.

Penganalisis menganggarkan bahawa margin penapisan di kilang penapisan ‘teapot’ adalah lebih daripada dua kali ganda tahap berbanding kilang yang disokong kerajaan.

Kebanjiran bahan mentah yang didiskaunkan mendorong pihak berkuasa China untuk memperhebat pemeriksaan kuota minyak mentah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *