coinbase-usa

Coinbase Akan Lancarkan Platform Pinjaman Baharu Kepada Pelabur Institusi Besar

Pertukaran mata wang Cryto Coinbase Global melancarkan platform pinjaman aset digital yang menyasarkan pelabur-pelabur institusi besar, kata jurucakap syarikat itu semalam.

Menurut pemfailan peraturan, Coinbase telah mengumpulkan sebanyak AS$57 juta untuk platform pinjaman kripto baharunya.

Industri kripto yang telah mengalami beberapa kegagalan berprofil tinggi, mendapat rangsangan pada minggu lalu selepas panel tiga hakim memutuskan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) adalah salah dalam menolak cadangan ETF bitcoin Grayscale tanpa menjelaskan alasannya.

Coinbase pada Ogos lalu telah memperoleh kelulusan untuk menawarkan niaga hadapan mata wang kripto kepada pelanggan runcit Amerika Syarikat, yang mencatatkan kemenangan besar dalam regulasi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *