uk-flag

UK Elak Kemelesetan, Rekod Pertumbuhan Sifar Pada Suku Keempat

Ekonomi Britian mengelak kemelesetan selepas mendatar tanpa kenaikan sepanjang tiga bulan terakhir pada 2022, namun menteri kewangan Jeremy Hunt memberi amaran bahawa risiko kejutan inflasi masih belum reda.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sifar pada suku keempat, sejajar dengan jangkaan selepas menyusut 0.3 peratus dalam tiga bulan sebelumnya, kata Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, ekonomi berkembang sebanyak 4.1 peratus pada tahun lalu, mengetepikan inflasi yang tinggi, selepas mencatat pertumbuhan 7.4 peratus pada 2021, tambah ONS.

Harga pengguna yang melonjak tinggi telah mencetuskan krisis kos sara hidup dan tindakan perindustrian yang meluas di seluruh Britain.

“Kami masih belum keluar dari hutan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan inflasi,” kata Hunt, tetapi juga menyatakan bahawa “ekonomi kita lebih berdaya tahan daripada yang dikhuatiri ramai”.

Takrif teknikal untuk kemelesetan ialah dua suku lurus pertumbuhan negatif.

Ekonomi UK menyusut sebanyak 0.5 peratus pada bulan Disember, tetapi angka itu telah diimbangi oleh pertumbuhan dalam dua bulan sebelumnya.

“Pada bulan Disember perkhidmatan awam dilanda oleh kekurangan operasi (hospital) dan… lawatan (untuk berjumpa doktor), sebahagiannya disebabkan oleh kesan mogok, serta kehadiran sekolah yang lebih rendah,” kata pengarah statistik ekonomi ONS Darren Morgan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *