EA Buang 6 Peratus Pekerja Dalam Penstrukturan Semula Syarikat

EA Buang 6 Peratus Pekerja Dalam Penstrukturan Semula Syarikat

Penerbit permainan video Electronic Arts berkata bahawa merka akan memberhentikan kira-kira 6 peratus daripada tenaga kerjanya dan mengecilkan pejaba

Penerbit permainan video Electronic Arts berkata bahawa merka akan memberhentikan kira-kira 6 peratus daripada tenaga kerjanya dan mengecilkan pejabatnya.

Langkah yang diambil oleh EA itu seiring dengan keputusan pelbagai syarikat-syarikat AS lain yang telah mengurangkan kos untuk menghadapi tekanan ekonomi.

EA, yang mempunyai kira-kira 12,900 kakitangan setakat akhir Mac 2022 menjangkakan akan menanggung antara AS$170 juta dan AS$200 juta caj berkaitan rancangan penstrukturannya.

Korporat Amerika, terutamanya syarikat dari sektor teknologi dan kewangan, telah mengehadkan perbelanjaan dalam persiapan mereka untuk menghadapi risiko kemelesetan di tengah-tengah kenaikan kadar faedah di seluruh dunia.

Syarikat di sebalik francais permainan video bola sepak FIFA dan The Sims itu juga berkata ia akan beralih daripada projek yang tidak menyumbang kepada strateginya.

CEO EA, Andrew Wilson dalam nota kepada pekerja berkata syarikat akan memberi peluang kepada pekerja untuk berpindah ke projek lain dan jika itu tidak mungkin, ia akan menyediakan kakitangan yang diberhentikan dengan gaji pemberhentian dan faedah tambahan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: