xpeng-china-ev

Pembuat EV China Xpeng Lawan Arus, Umum Penambahan 4,000 Pekerja Tahun Ini

Pembuat kenderaan elektrik China Xpeng berkata ia akan mengupah 4,000 orang pekerja tahun ini dan melabur ratusan juta dalam kecerdasan buatan dalam usaha untuk bertahan dalam apa yang disifatkannya sebagai “laut berdarah” persaingan dalam pasaran kereta terbesar di dunia.

Pekerja tambahan itu akan mewakili 25 peratus pengembangan tenaga kerja pembuat EV yang disokong Volkswagen daripada 15,829 jumlah kakitangan terkini pada akhir 2022.

Penambahan itu diumumkan dalam surat daripada Ketua Eksekutif He Xiaopeng kepada pekerja pada hari Ahad, hari bekerja pertama selepas cuti Tahun Baru cina.

Xpeng juga akan melabur 3.5 bilion yuan (AS$486.36 juta) dalam penyelidikan dan pembangunan AI untuk pemanduan pintar, katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan sekitar 30 produk baharu atau model yang disemak semula dalam tempoh tiga tahun.

“Menghadapi situasi makroekonomi yang pesimis, ramai rakan kongsi perniagaan menarik diri dan takut untuk melabur. Saya fikir ini adalah peluang untuk pembangunan kami,” katanya sambil menyifatkan 2024 sebagai tahun pertama “pusingan kalah mati” untuk jenama kereta China.

“Pada 2024, kami akan mengatasi arah aliran itu dan memasuki kitaran positif berkelajuan tinggi pada suku keempat atau lebih awal,” jelasnya.

Pelan pengembangan Xpeng berbeza dengan para pesaing mereka yang dilihat berlumba-lumba untuk mengurangkan kos. Permintaan terus goyah di pasaran kereta terbesar dunia walaupun diskaun yang baharu diterjaui oleh Tesla.

Nio, pembuat EV China yang lain pada November lalu mengumumkan akan mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak 10 peratus untuk meningkatkan kecekapan di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat.

Menghadapi permintaan yang lebih lemah di peringkat domestik, pembuat kereta di China telah beralih kepada eksport sebagai penggerak pertumbuhan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *