ecb-10

ECB Kekalkan Kadar Faedah, Beri Isyarat Ekonomi Berisiko Merosot

Bank Pusat Eropah mengekalkan kadar faedah seperti yang dijangkakan semalam, menamatkan rentetan 10 kenaikan kadar faedah dan mengekalkan panduannya yang menandakan dasar yang stabil ke hadapan.

ECB telah menaikkan kadar sebanyak 4.5 mata peratus sejak Julai 2022, bertujuan menangani pertumbuhan harga yang mendadak, namun mula memberi isyarat bahawa akan menghentikan kitaran pengetatan buat sementara berikutan kenaikan kadar faedah mula memberi kesan dalam ekonomi.

Tekanan harga akhirnya mula berkurangan dan inflasi telah susut lebih daripada separuh dalam setahun manakala ekonomi telah menjadi perlahan sehinggakan kemelesetan mungkin sudah berlaku.

Sitausi itu meningkatkan jangkaan pasaran bahawa kitaran kenaikan kadar faedah telah tamat dan ECB akan mulakan pemotongan.

Melihat untuk memastikan semua pilihannya terbuka, ECB berkata ia akan mengikut pendekatan “bergantung kepada data” dan keputusan akan berdasarkan data-data baru yang diterbitkan.

“Kadar faedah utama ECB berada pada tahap yang dikekalkan untuk tempoh yang cukup lama, akan memberikan sumbangan yang besar kepada matlamat (inflasi),” kata ECB dalam satu kenyataan.

“Keputusan di masa depan akan memastikan bahawa kadar polisi akan ditetapkan pada tahap yang cukup terhad selama yang diperlukan,” jelas bank pusat.

Keputusan untuk mengekalkan kadar tidak berubah berkemungkinan akan mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat terbesar dunia, termasuk Fed, pada asasnya telah selesai mengetatkan dasar, menamatkan siri kenaikan kadar faedah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kini, tumpuan pasaran berkemungkinan akan beralih kepada berapa lama tempoh kadar faedah yang tinggi perlu dikekalkan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *