Mungkin terlalu awal bagi Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menghentikan kenaikan kadar faedah sekarang kata Presiden Bank Pusat Latvia, Martins Kazaks pada Sabtu lalu.
Hal ini kerana melonggarkan dasar lebih awal akan menjejaskan usaha bank pusat menentang inflasi serta menambah risiko untuk berdepan lebih banyak kesan ekonomi pada masa akan datang..
ECB telah menaikkan kadar sepanjang sembilan pertemuannya yang lalu dalam usaha menahan inflasi yang berterusan.
Namun, para penggubal dasar kini mempertimbangkan untuk menghentikan pengetatan sementara berikutan risiko kemelesetan semakin ketara, inflasi menjadi perlahan dan pertumbuhan gaji kekal sederhana.
“Berdasarkan maklumat yang kita ada sekarang, saya mengatakan bahawa mungkin peningkatan sederahana satu lagi perlu adalah lebih berhati-hati, berbanding menangguhkannya yang mana kemudian terpaksasa menanggung risiko untuk melakukan lebih banyak lagi pada akhir tahun atau awal tahun depan,†kata Kazaks selepas perhimpunan tahunan bank pusat dan ahli ekonomi di Jackson Hole, Wyoming.
“Kami boleh mengurangkan kadar jika kami telah menaikkannya terlalu banyak dan kami boleh mengurangkan tidak lama lagi,” jelas Kazaks.
“Namun begitu jika kami melakukan (menaikkan) terlalu sedikit, maka kami mungkin perlu lakukan lebih banyak, jadi lebih baik untuk bertindak lebih awal berbanding kemudian,” tegasnya.
Namun, gabenor bank pusat Latvia itu menambah bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat dasar 14 September dengan fikiran terbuka dan perlu melihat unjuran kakitangan baharu sebelum memutuskan sebarang komitmen.
Walaupun ECB memilih untuk menahan, ia perlu menghuraikannya dengan jelas bahawa ia belum tamat dan lebih banyak pengetatan dasar mungkin akan dilakukan, tambah Kazaks.