euro-ruble

ECB Pertimbang Kenaikan Kadar Faedah Ke Paras Tertinggi Sejak Mata Wang Euro Dilancarkan

Bank Pusat Eropah akan memutuskan pada hari ini sama ada untuk menaikkan kadar faedah utamanya ke paras tertinggi, satu langkah terakhir yang dijangkakan dalam usaha memerangi inflasi, atau ketika ekonomi sedang merosot.

Bank pusat bagi 20 blok negara mata wang Euro itu berdepan dengan dilema selepas menaikkan kadar sembilan kali berturut-turut, sementara harga meningkat lebih dua kali ganda daripada sasaran dua peratus dan tidak dijangka perlahan ke paras itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Namun begitu, kos pinjaman yang lebih tinggi di kebanyakan dunia dan kemelesetan ekonomi China menjejaskan pertumbuhan ekonomi, dengan kemelesetan di zon euro kini kemungkinan yang berbeza.

Penganalisis dan pelabur sebelunm ini cenderung bahawa ECB akan hentikan seketika kenaikan kadar faedah..

Bagaimanapun, kenyataan bank pusat untuk menaikkan unjuran inflasi tahun depan kepada lebih daripada 3 peratus, menguatkan kembali kemungkinan untuk melihat kenaikan kadar faedah.

Para penggubal dasar melihat unjuran 2024 sebagai penting untuk menentukan sama ada inflasi yang masih melebihi 5 peratus, kembali ke sasaran atau berisiko terperangkap pada tahap yang lebih tinggi terlalu lama.

“Momentum inflasi terlalu kuat untuk ECB berhenti seketika,” kata pakar ekonomi Danske Bank, Piet Haines Christiansen.

Peningkatan 25 mata asas pada malam ini akan menjadikan kadar yang ECB bayar ke atas deposit bank naik kepada 4.0 peratus, paras tertinggi sejak euro dilancarkan pada 1999.

Hanya 14 bulan lalu, kadar tersebut telah merosot pada rekod rendah tolak 0.5 peratus, bermakna bank terpaksa membayar untuk meletakkan wang tunai mereka dengan selamat di bank pusat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *