tank-war-troop

Fed: Ketegangan Geopolitik Yang Berterusan Boleh Memudaratkan Ekonomi Dunia

Federal Reserve memberi amaran bahawa serangan baru-baru yang berlaku di Israel dan konflik Ukraine yang berterusan boleh menyebabkan kemudaratan kepada ekonomi dunia dan meningkatkan inflasi global.

Israel telah melakukan serangan udara yang meluas di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, apabila lebih 1,400 orang, kebanyakannya orang awam terbunuh semasa serangan bersenjata di selatan negara itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Hamas di Gaza, kempen pengeboman balas Israel telah menyebabkan lebih 4,100 orang terbunuh yang juga kebanyakannya adalah orang awam.

Pertempuran berterusan dengan Hizbullah di sepanjang sempadan utara Israel dengan Lubnan telah menimbulkan kebimbangan bahawa konflik itu berisiko merebak ke negara lain di rantau itu.

“Serangan ke atas Israel, termasuk perang berterusan Rusia terhadap Ukraine, telah meningkatkan ketegangan geopolitik,” kata Fed dalam laporan separuh tahunan mengenai kestabilan kewangan.

“Peningkatan konflik ini atau ketegangan geopolitik yang semakin buruk mampu mengurangkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan inflasi di seluruh dunia,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *