Trump jadi orang tengah deklrasai gencatan senjata di Gaza

Aina Julia
2 Min Read

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan hari Isnin sebagai “hari yang amat bermakna bagi Timur Tengah” selepas beliau dan beberapa pemimpin serantau menandatangani satu deklarasi yang bertujuan memuktamadkan gencatan senjata di Gaza. Ia berlaku hanya beberapa jam selepas pertukaran tebusan dan tahanan antara Israel dan Hamas berlaku.

Trump membuat lawatan singkat ke Israel, di mana beliau memuji Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam ucapannya di parlimen sebelum terbang ke Mesir bagi menghadiri sidang kemuncak Gaza. Di sana, beliau bersama pemimpin Mesir, Qatar dan Turki menandatangani deklarasi tersebut sebagai penjamin kepada perjanjian Gaza itu.

Menurut dokumen yang ditandatangani, para pihak berjanji untuk “meneruskan visi menyeluruh bagi keamanan, keselamatan dan kemakmuran bersama di rantau ini” serta mengalu-alukan “kemajuan yang dicapai dalam mewujudkan keamanan yang menyeluruh dan berkekalan di Semenanjung Gaza.”

Israel membebaskan 1,968 tahanan daripada penjaranya, Hamas pula membebaskan baki 20 tebusan terakhir.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menyatakan bahawa perjanjian Gaza itu “menutup satu babak menyakitkan dalam sejarah kemanusiaan” dan membuka jalan ke arah penyelesaian dua negara. Sebagai sebahagian daripada pelan Trump untuk menamatkan perang di Gaza, Hamas pada Isnin membebaskan baki 20 tebusan terakhir yang masih hidup selepas dua tahun ditahan di Gaza.

Sebagai pertukaran, Israel membebaskan 1,968 tahanan daripada penjaranya, menurut perkhidmatan penjara negara itu. Di Tel Aviv, ribuan orang yang berhimpun menyokong keluarga tebusan bersorak gembira dan menangis apabila berita pembebasan mula tersebar, walaupun kesedihan terhadap mereka yang tidak selamat masih terasa.

Di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki, ribuan orang berkumpul menyambut kepulangan tahanan, sambil melaungkan “Allahu akbar” sebagai tanda syukur. Di bandar Khan Younis di selatan Gaza pula, penduduk memanjat bas Palang Merah yang membawa para tahanan untuk memeluk dan mencium ahli keluarga yang baru dibebaskan.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *