rusia-belarus-soldiers

EU Beri Amaran, Sekatan Ke Atas Rusia Akan Melibatkan Sektor Kewangan & Tenaga

Presiden Suruhanjaya Eropah, Urusla von der Leyen dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa sebarang sekatan EU ke atas Rusia sebagai tindak balas kepada pencerobohan Ukraine akan menyasarkan sektor kewangan dan tenaga.

“Saya mengesahkan bahawa semua pilihan telah ada di atas meja dan sekatan akan melibatkan sektor kewangan dan tenaga, serta eksport produk berteknologi tinggi,” tegas beliau.

Ketua-ketua negara Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah memperingkatkan tentang potensi pencerobohan di Ukraine berikutan puluhan ribu tentera Rusia dikerahkan ke sempadan.

Rusia menafikan dakwaan tersebut dan berkata sedang berusaha mendapatkan jaminan bertulis daripada Nato bahawa pakatan mereka akan berundur dari Eropah Timur dan tidak akan menjejaki Ukraine.

Amerika Syarikat dan sekutu mereka Eropah bagaimanapun telah menolak permintaan tersebut.

Antara isu yang memicu kerisauan baharu adalah apabila Rusia mengadakan latihan kententeraan berskala besar bersama sekutunya Belarus, yang terletak di sempadan antara Ukraine dan Kesatuan Eropah.

Kedua-dua negara tersebut tidak mendedahkan jumlah tentera yang terlibat dalam latihan tersebut, namun AS menganggarkan sekitar 30,000 askar telah dihantar ke Belarus.

Selain itu, kementerian pertahanan Rusia berkata pada hari Jumaat lalu bahawa mereka juga akan mengadakan latihan ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine dan di Laut Hitam.

Moscow, yang mengawal semenanjung Crimea selepas merampasnya dari Ukraine pada 2014, telah menjadikan Laut Hitam sebagai kawasan strategik utama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *