EU Kurangkan Pembelian, Sibur Rusia Eksport LPG Ke Afrika, Timur Tengah & Asia

EU Kurangkan Pembelian, Sibur Rusia Eksport LPG Ke Afrika, Timur Tengah & Asia

Sibur, pengeluar dan pengeksport gas petroleum cecair (LPG) terbesar di Rusia, mengubah hala eksport ke Afrika, Timur Tengah dan Asia dalam tempoh ti

Sibur, pengeluar dan pengeksport gas petroleum cecair (LPG) terbesar di Rusia, mengubah hala eksport ke Afrika, Timur Tengah dan Asia dalam tempoh tiga bulan lalu, kata sumber industri.

Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas import produk petroleum asal Rusia mulai 5 Februari namun tidak mengharamkan LPG.

Bagaimanapun, ramai dikalangan pengguna EU telah memotong pembelian LPG dari Rusia untuk mengelak daripada sebarang risiko kerugian.

“Kebanyakan pembeli di Eropah meninggalkan LPG Sibur, jadi syarikat itu terpaksa mencari saluran pengedaran baharu,” lapor Reuters.

Penghantaran LPG syarikat dari pelabuhan Ust-Luga di Baltik Rusia ke negara EU dan UK pada suku pertama 2023 merosot kepada 14-15 peratus daripada jumlah keseluruhan, atau 33,000 tan.

Angka itu menyusut berbanding 82 peratus, atau 194,000 tan yang direkodkan setahun sebelumnya.

Sementara itu, penghantara LPG ke Afrika, Timur Tengah dan Asia Pasifik menyumbang kira-kira 85-86 peratus, atau 192,000 tan, daripada jumlah keseluruhan penghantaran sebanyak 225,000 tan.

Menurut penjejakan data penghantara, LPG yang dihantar dari Ust-Luga ke EU dan UK hanya menyumbang 18 peratus atau 43,000 tan pada suku pertama tahun lalu.

Reuters juga melaporkan bahawa perubahan beberapa kargo LPG Sibur dari hab perdagangan Amsterdam-Rotterdam-Antwerp (ARA) di luar Eropah telah meningkatkan dengan ketara.

Hal ini kerana bagi mengelekkan kos pengangkutan yang lebih tinggi di Sibur, para peniaga Trafigura telah menggunakan kapal yang lebih besar untuk menghantar LPG di luar EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: