counting-ringgit

BNM: Faktor Luar Kekal Menjadi Pengaruh Utama Ringgit Pada Separuh Pertama 2023

Ringgit terus dipengaruhi terutamanya oleh faktor-faktor luar pada separuh pertama 2023, manakala bank terus mengekalkan penampan mudah tunai yang kukuh.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Kajian Kestabilan Kewangannya untuk Separuh Pertama 2023 yang dikeluarkan pada Isnin berkata aktiviti perniagaan domestik telah meningkat dengan ketara namun pemulihan kekal tidak sekata berikutan cabaran yang terus dihadapi oleh sektor tertentu.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh perniagaan menghadapi masalah yang berterusan seperti kos yang tinggi dan permintaan luar yang lemah.

Ia dapat digambarkan menerusi kemerosotan pinjaman keseluruhan perniagaan yang kekal dibawah 1 peratus daripada jumlah pinjaman perbankan, jelas BNM.

Di samping itu, BNM juga berkata risiko dan peluang berkaitan iklim lebih menjadi fokus dalam pertimbangan penting untuk perniagaan.

Walau bagaimanapun, BNM berkata kebanyakan perniagaan dijangka dapat menahan potensi kejutan baharu di tengah-tengah peningkatan penimbal tunai yang sihat dan model perniagaan yang lebih tangkas.

Selain itu, institusi-institusi kewangan juga dilihat terus melabur denganm sumber yang besar dalam menguruskan risiko operasi dan berkaitan siber.

Pelancaran Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) pada Oktober 2022 lalu telah membolehkan tindakan yang lebih cekap untuk memerangi penipuan kewangan dengan kerjasama institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan undang-undang.

Ia berkata sumber dana yang besar akan terus diarahkan ke arah meningkatkan kerjasama orang ramai dalam melaporkan insiden penipuan dan meningkatkan kesedaran tentang perbankan selamat.

Institusi kewangan juga membuat kemajuan dalam menyelaraskan operasi perniagaan dengan matlamat alam sekitar dan kemampanan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *