Japan-street-1

Jepun Bukan Lagi Ekonomi Ketiga Terbesar Dunia Selepas Meleset Dua Suku Berturut-turut

Ekonomi Jepun jatuh ke dalam kemelesetan berikutan telah mengecut diluar jangkaan untuk suku kedua berturut-turut akibat permintaan domestik yang lemah.

Data baharu yang diterbitkan hari ini meningkatkan ketidakpastian mengenai rancangan Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk keluar dari dasar ultra-mudahnya pada tahun ini.

Prestasi lemah yang mengejutkan menyaksikan Jepun kehilangan gelarannya sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia kepada Jerman.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) turun 0.4 peratus tahunan dalam tempoh Oktober-Disember selepas kemerosotan 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

Penguncupan dua suku berturut-turut biasanya dianggap sebagai takrifan kemelesetan teknikal.

Data yang lemah mungkin menimbulkan keraguan pada unjuran BOJ bahawa kenaikan gaji akan menyokong penggunaan, dan mewajarkan menghentikan rangsangan monetari besar-besarannya secara berperingkat.

“Terdapat risiko ekonomi boleh menyusut sekali lagi pada suku Januari-Mac disebabkan oleh pertumbuhan global yang perlahan, permintaan domestik yang lemah dan kesan gempa Tahun Baru di barat Jepun,” kata Takuji Aida, ketua ekonomi di Credit Agricole.

“BOJ boleh dipaksa menurunkan taraf ramalan KDNK-nya yang cerah” untuk 2023 dan 2024, tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *