Minggu ini, pasangan mata wang EUR/USD terus menunjukkan momentum kenaikan selepas prestasi kukuh pada hari Isnin. Semalam, pasangan tersebut didagangkan sekitar paras 1.139 dan kekal kukuh dalam channel menaik.
Trend kenaikan baharu dan kuat ini muncul selepas Presiden Trump mengumumkan penangguhan rancangan mengenakan tarif 50% terhadap Zon Euro sehingga 9 Julai. Manakala pemimpin EU pula menyuarakan keyakinan bahawa ketegangan perdagangan dengan AS dapat diselesaikan dengan segera.
Sekiranya EUR/USD mengekalkan arah aliran menaik ini, sasaran utama seterusnya ialah paras tertinggi bulan April yang terletak berhampiran zon rintangan pada 1.151.
Nota : Dagangan CFD adalah berisiko tinggi. Sila berdagang dengan berhemah.