FAO: Harga Makanan Dunia Naik Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 12 Bulan

FAO: Harga Makanan Dunia Naik Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 12 Bulan

Indeks harga dunia hasil tinjauan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meningkat buat kali pertama pada April dalam tempoh 12 bulan. Na

Indeks harga dunia hasil tinjauan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meningkat buat kali pertama pada April dalam tempoh 12 bulan.

Namun begitu, bacaan masih 20 peratus di bawah rekod tertinggi yang dicatat pada Mac 2022 berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Indeks harga Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), yang mengesan komoditi makanan yang paling banyak didagangkan secara global, telah meningkat kepada purata 127.2 mata pada April berbanding 126.5 pada bulan sebelumnya.

Agensi yang berpangkalan di Rom itu berkata kenaikan pada bulan lepas mencerminkan harga gula, daging dan beras yang lebih tinggi, yang mengimbangi penurunan dalam indeks harga bijirin, tenusu dan minyak sayuran.

“Apabila ekonomi pulih daripada kelembapan yang ketara, permintaan akan meningkat, memberikan tekanan menaik ke atas harga makanan,” kata Ketua Ekonomi FAO Maximo Torero.

Indeks harga gula melonjak 17.6 peratus dari Mac, mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2011.

FAO berkata kenaikan itu dikaitkan dengan kebimbangan bekalan yang lebih ketat berikutan penilaian semula yang lebih rendah terhadap prospek pengeluaran untuk India dan China, termasuk di Thailand dan Kesatuan Eropah.

Walaupun indeks daging meningkat 1.3 peratus bulan ke bulan, namun harga tenusu susut 1.7 peratus dan harga minyak sayuran turun 1.3 peratus.

Indeks harga bijirin juga turun 1.7 peratus, dan penurunan harga dunia bagi semua bijirin utama ini mengatasi satu kenaikan harga beras.

Torero memberi amaran walaupun kenaikan harga beras membimbangkan, namun penting untuk memastikan harga gandum dan jagung tidak melonjak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: