powell4

Fed Mungkin Perlu Naikkan Kadar Faedah, Namun Akan Lebih ‘Berhati-hati’ – Powell

Federal Reserve mungkin perlu menaikkan kadar faedah selanjutnya untuk memastikan inflasi dikawal, kata Pengerusi Fed Jerome Powell pada Jumaat yang lalu.

Namun pendekatan bank pusat akan lebih berhati-hati dalam memutuskan pengetatan selanjutnya supaya dapat meredakan tekanan harga dan prestasi berlebihan ekonomi AS yang mengejutkan, jelasnya.

Hal ini kerana kadar faedah telah berada di paras yang cukup tinggu untuk memastikan inflasi kembali kepada sasaran 2 peratus.

“Adalah menjadi tugas Fed untuk menurunkan inflasi kepada matlamat dua peratus, dan kami akan berbuat demikian,” kata Powell dalam ucaptama kepada Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole.

“Kami telah mengetatkan dasar dengan begitu ketara sepanjang tahun lalu. Walaupun inflasi telah menurun daripada kemuncaknya, ia kekal terlalu tinggi,” ujarnya.

“Kami bersedia untuk menaikkan kadar lagi jika diperlukan, dan berhasrat untuk memastikan dasar pada kedudukan yang terhad sehingga kami yakin bahawa inflasi bergerak turun secara mampan ke arah objektif kami,” tambah Powell.

Dalam konteks itu, data terkini telah menimbulkan kebimbangan baharu, katanya.

“Kami prihatin terhadap tanda-tanda bahawa ekonomi mungkin tidak tenang seperti yang dijangkakan,” kata Powell.

Powell berkata jika trend perkembangan ekonomi berterusan “ia boleh merisikokan kemajuan inflasi selanjutnya dan akan menyebabkan pengetatan lanjut dasar monetari”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *