rate cut fed sales

Federal Reserve Sedia Turunkan Kadar Faedah Buat Kali Pertama dalam Empat Tahun

Federal Reserve (Fed) AS dijangka mengumumkan pemotongan kadar faedah pertamanya dalam lebih empat tahun minggu ini.

Langkah ini muncul ketika inflasi semakin menghampiri sasaran jangka panjang dua peratus bank pusat dan pasaran buruh juga menunjukkan tanda-tanda kelembapan.

Walaupun Fed berulang kali menekankan bahawa keputusan mereka berdasarkan data ekonomi, keputusan ini dijangka memberi impak politik kerana ia berlaku hanya beberapa minggu menjelang pilihan raya presiden AS pada November ini.

Ketika ini, perdebatan dalam kalangan pembuat dasar Fed berkisar mengenai saiz pemotongan yang sesuai, sama ada 25 atau 50 mata asas.

Pemotongan ini juga akan menjadi yang pertama sejak Mac 2020, di mana kadar faedah hampir sifar untuk menyokong ekonomi ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

Namun begitu, pemotongan kadar faedah yang besar berpotensi membantu pasaran buruh tetapi juga boleh meningkatkan risiko inflasi kembali naik.

Bagi kebanyakan pakar ekonomi, pemotongan kecil sebanyak 25 mata asas dilihat sebagai langkah yang lebih selamat. Hal ini kerana ia memberikan laluan yang lebih lancar kepada ekonomi, dengan kemungkinan akan dilakukan pemotongan selanjutnya pada November setelah lebih banyak data ekonomi diperoleh.

Ramai penganalisis menjangkakan Fed akan melakukan beberapa lagi pemotongan sepanjang tahun ini. Goldman Sachs, meramalkan tiga pemotongan tambahan sebanyak 25 mata asas setiap satu.

Para pemaian pasaran juga meramalkan kemungkinan empat pemotongan lagi pada tahun 2025, yang akan menurunkan kadar faedah Fed secara signifikan.

Keputusan Fed pada minggu ini sangat kritikal dalam memnentukan keseimbangan antara menstabilkan inflasi dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *