foxconn-india-iphone

Foxconn Akan Labur AS$1.5 bilion Untuk Kembangkan Operasi Di India

Pengeluar iPhone Hon Hai Precision Industry merancang untuk mengembangkan jejaknya di India dengan pelaburan NT$50 bilion (AS$1.6 bilion) untuk projek pembinaan.

Hon Hai yang juga dikenali sebagai Foxconn Technology Group menyebutkan bahawa pelaburan itu adalah untuk “keperluan operasi” namun tidak menjelaskan butiran lanjut seperti lokasi kemudahan yang akan dibina.

Pengeluar kontrak elektronik terbesar dunia itu telah meluaskan kehadirannya dengan pantas di India dengan melabur dalam kemudahan pembuatan di selatan negara itu.

Foxconn menyasarkan untuk menggandakan tenaga kerja dan pelaburannya di India menjelang tahun depan, kata seorang eksekutif syarikat pada September lalu.

Pengerusi Foxconn, Liu Young-way juga berkata dalam taklimat pendapatan pada bulan Ogos bahawa beliau melihat banyak potensi di India, sambil menambah bahawa “pelaburan beberapa bilion dolar hanyalah permulaan”.

Foxconn sudah pun mengendalikan sembilan kampus pengeluaran dan lebih daripada 30 kilang yang menggaji puluhan ribu orang di India dengan hasil pendapatan sekitar AS$10 bilion setiap tahun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *