shortage-computer-chips

India Beri Insentif Untuk Dell, HP, Foxconn Untuk Keluarkan Peralatan IT Di Dalam Negara

Kerajaan India telah meluluskan pelaburan oleh 27 syarikat termasuk Dell, HP dan Foxconn di bawah skim insentif AS$2 bilion (RM9.34 bilion) untuk mengeluarkan hardware IT di dalam negara.

Menteri teknologi maklumat India, Ashwini Vaishnaw berkata syarikat itu dijangka melabur 30 bilion rupee India (RM1.68 bilion) secara kolektif, sambil mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan dalam sektor itu.

Kelulusan juga telah diberikan kepada pengeluar domestik termasuk Dixon Technologies dan VVDN, kata menteri itu.

Kerajaan pada Mei telah menggandakan nilai skim insentif untuk merangsang pengeluaran domestik komputer riba dan tablet, berikutan sambutan hangat terhadap program sebelumnya.

Negara ini menawarkan pulangan tunai kepada pengilang atas jualan barangan buatan tempatan yang melebihi sasaran tahunan.

Skim itu adalah kunci kepada cita-cita India untuk menjadi kuasa besar dalam rantaian bekalan elektronik global, dengan negara itu menyasarkan pengeluaran tahunan bernilai AS$300 bilion menjelang 2026.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *